Setelah sekian lama, kini
aku kembali ke sini. Myvi kuningku meluncur laju menyusuri jalan berbatu
yang kiri kanannya terbentang sawah padi
yang mula menguning. Secara fizikalnya memang sudah banyak yang berubah tetapi
keadaannya masih sama walau lima belas tahun sudah berlalu. Tenang dan damai, sebati
dengan jiwaku yang sememangnya pencinta alam. Sebaris senyum terukir di bibirku
tatkala melihat kanak-kanak berkejaran di batas-batas sawah sambil bermain layang-layang
.
“Abang, adik nak
layang-layang macam Amat tu,” pintaku pada Rayyan sambil menudingkan jari kearah layang-layang
Amat yang sedang menari-nari di udara.
“ Itu.. senang je, abang
boleh buatkan. Nanti abang buatkan satu untuk adik ya,” pujuk Rayyan membuat
hati aku berbunga riang. Rayyan seorang abang yang baik dan penyayang. Yang
paling seronok, dia tak pernah hampakan aku. Tapi yang tak seronoknya, Rayyan
selalu dipukul abah disebabkan kesalahan yang aku buat. Abah tak pernah
benarkan aku dan abang keluar bercampur dengan budak-budak kampung. Banglow
yang tersegam megah di tepi sawah itulah dunia kami. Dunia yang kosong, sempit
dan membosankan bagiku. Di dalamnya hanya ada aku, Rayyan, dan Tok Ma, orang
gaji yang sudah kami anggap seperti nenek kami sendiri. Setiap petang, aku dan
Rayyan akan memanjat pagar banglow dan bertenggek di atasnya untuk melihat Amat
dan kawan-kawannya bermain layang-layang di tepi sawah.
Karier mama sebagai
seorang pereka fesyen terkenal memerlukannya kerap ke luar negara. Terbang ke
Paris, Hong Kong, Tokyo, Jakarta dan lain-lain untuk pertunjukan fesyen
merupakan rutin hidup mama. Abah pula
seorang peguam yang tidak kurang sibuknya. Sering kali berminggu-minggu kami
tak dapat dengar suara abah, apatah lagi nak bersua muka. Tapi, bila mama dan abah
balik lain pula jadinya. Mereka selalu bertegang urat di bilik. Setiap kali
berhadapan situasi begitu, Rayyan akan memelukku erat seperti orang dalam
ketakutan. Mungkin aku masih terlalu muda untuk faham apa sebenarnya yang sedang berlaku
pada masa itu.
Hubungan mama dan abah
yang semakin retak akhirnya hancur berkecai jua walaupun pada dasarnya dibina
atas nama cinta. Kata Tok Ma, mama bukan menantu pilihan nenek. Nenek prajudis
dengan sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia glamor termasuk menantunya sendiri. Setelah mama dan abah
berpisah, aku terpaksa mengikut mama pulang ke tanah airnya di England dan
meninggalkan Rayyan bersama abah di Malaysia. Tuhan saja yang tahu deritanya
aku melalui hari-hari yang sunyi tanpa Rayyan di sisi, satu-satunya saudara
kandung yang aku ada.
Mungkin kerana terlalu
kecewa dengan penceraiannya, mama menjadi hilang arah. Dia mula kembali ke
dunia lamanya, hidup tanpa arah bergelumang alkohol dan sering mengurung diri
di dalam bilik. Mama langsung tak pedulikan aku. Dia seolah-olah berputus asa
dengan nasib hidupnya. Apalah daya aku seorang kanak-kanak kecil yang baru
memcecah usia tujuh tahun... Untuk menguruskan diri sendiri pun aku masih
perlukan bantuan seseorang. Nasib aku baik masih ada Aunty Kyle, adik bongsu mama
yang baru berusia 19 tahun pada masa tu. Walaupun dia masih muda dan sikapnya
sedikit gila-gila, ternyata dia agak matang dalam beberapa hal. Kesibukan
urusan di kolej tidak pernah menjadi alasan untuk Aunty kyle mengabaikan aku.
“Assalamualaikum,” tegur
satu suara mengejutkan aku yang sedari tadi berdiri di hadapan banglow yang
kelihatan agak sepi dan usang.
Aku menoleh tanpa
menjawab salam yang diberi. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang
berdiri sambil tekun memerhati wajahku. Pelik melihat orang asing barangkali. Aku mendekatinya dan menghulur tangan untuk
bersalam. Tanganku disambut tetapi matanya langsung tak berkalih dari memandang
wajahku.
“ Anak ni cari siapa ya?”
“ Saya.. Haikal.. Tuan
Haikal masih tinggal di sini?” Soalku sambil terintai-intai ke dalam banglo.
“ Tuan Haikal..?
Akashah?” Soalnya sambil mengamati segenap penjuru wajahku.
“ Ya pak cik, saya
Akashah, anak bongsu Haikal dan Maryam. Pak cik kenal abah saya?”
“Enam belas tahun jadi
tukang kebun dan pemandu di banglow ni, mana mungkin Pak Mail tak kenal Tuan
Haikal. Kamu dan abang kamu pun membesar depan mata Pak Mail ni,” ujar Pak Mail
sambil menepuk-nepuk bahuku. Ada riak kagum di wajahnya. Barangkali kagum
melihat kanak-kanak kecil yang pernah ditimangnya suatu ketika dahulu kini
segak berdiri di hadapannya.
“ Kashah datang cari abah..
dan abang. Kashah perlu jumpa mereka Pak Mail,” luahku sebak.
“ Tapi.. Tuan Haikal
dan Rayyan dah tak ada kat sini. Mereka dah berhijrah ke Kuala Lumpur kalau tak
silap Pak Mail,”
“ Kuala Lumpur?” Soalku
hampa.
“ Syukurlah kamu dah
balik. Banglow ni dah lama sangat sepi. Dah berbelas-belas tahun Pak Mail simpan
kunci banglow ni. Pak Mail dah jaga banglow ni macam rumah Pak Mail sendiri.
Sekarang dah sampai masanya Pak Mail serahkan kunci-kunci ni pada kamu. Ini amanat Tuan Haikal pada Pak
Mail,” kata Pak Mail sambil menghulurkan aku segugus kunci. Aku menyambutnya
walaupun dalam keadaan agak terpinga-pinga.
Kali pertama menapak
masuk ke perkarangan banglow itu setelah lima belas tahun, dadaku mula dihimpit
rasa sebak. Buaian kayu di taman mini tempat bermain aku dan Rayyan suatu
ketika dahulu sudah usang dimamah usia walaupun taman itu kelihatan rapi dijaga.
Rumput dan pohon—pohon hiasannya dipotong kemas. Aku menghampiri sepohon bunga
melor yang rendang di tepi pagar. Tanah di bawahnya aku korek dan ternyata balang
kaca itu masih di situ. Satu nota bergulung kecil di dalamnya aku keluarkan.
Rayyan
akan satukan keluarga kita..
Tak semena-mena air mataku
gugur berderai tersentuh oleh sebaris ayat yang aku yakin ditulis oleh Rayyan.
“ Rayyan Haikaaal!!”
Jeritku dalam tangis yang tertahan serentak lutut rebah mencecah tanah. Cebisan
nota di tangan kuramas kejap dan kurapatkan ke dada. Perasaanku, seperti ada
satu lubang kosong yang muncul di jantung. Sunyi dan menyakitkan.
*******************************************************************
Dua hari di Alor Setar,
aku di pelawa menginap di rumah Pak Mail. Kalau nak diikutkan, mahu saja aku bermalam
di banglo tu walaupun kelihatannya agak menakutkan. Melihatkan Pak Mail dan Mak
Som yang beria-ia, tak manis pula rasanya untuk aku menolak. Lagipun, aku tak
kenal siapa-siapa di kampung ni selain mereka. Sepanjang tempoh itu juga, macam-macam cerita aku dengar daripada orang
kampung tentang keluargaku. Ada yang kata abah dah berkahwin dengan calon
menantu pilihan nenek dan dilangsungkan di sebuah hotel lima bintang di bandar.
Ada pula cerita tentang Abang Rayyan yang dah berhijrah ke luar negara. Tidak
ketinggalan juga cerita buruk tentang aku dan mama. Tapi aku pasti, tiada
siapapun antara mereka yang tahu perkara sebenar. Resam dunia, manusia suka
bersangka-sangka dan menyebarkan khabar angina.
Menurut Pak Mail, selepas berhijrah ke Kuala Lumpur
abah dan Rayyan langsung tak pernah kembali ke kampung itu lagi. Pak Mail dan
keluarga merupakan pekerja yang paling rapat dengan abah. Mereka tinggal di rumah pekerja yang di
sediakan di belakang banglow. Sebelum pergi, abah amanahkan Pak Mail untuk
menjaga banglow itu untuk aku dan mama. Kata Pak Mail lagi, abah percaya suatu hari aku
dan mama pasti akan kembali ke banglow itu.
Ah, apa yang abah tahu tentang
aku dan mama? Semua ni terjadi pun sebab abah! Benar aku rindukan abah. Tapi,
untuk air mata mama yang tertumpah dan untuk pisahkan aku dengan Rayyan, satu-satunya
abang dan kawan yang aku ada, aku belum mampu maafkan abah. Mungkin kami tidak
cukup berharga buat abah.
*******************************************************************
Lama aku berdiri di
depan pintu banglow itu. Sampai sekarang masih belum ada kekuatan untuk masuk.
Aku hanya mampu memandang dari luar pintu kaca yang masih ditutupi langsir
putih kekuningan. Segugus kunci di tangan ku pandang kosong.
“ Awak balik sini awak
nak apa sebenarnya? “ Perlahan aku menoleh. Nurul, anak gadis Pak Mail
memandangku serius.
“Excuse me??”
“ Best ke tinggal kat
London sana tu?” tambahnya dalam nada yang agak sukar untuk aku hadam maksud di
sebaliknya.
“ Bolehlah..”
“ Owh, patutlah..”
sambutnya ringkas dan sinis, cukup untuk menggugat tenang seorang Akashah.
“ If you don’t mind,
boleh saya tahu apa yang awak cuba sanpaika sebenarnya erk?”
Nurul yang baru saja
berpusing untuk berlalu terus mematikan langkahnya.
“ Dari semalam saya di sini,
cara awak pandang saya, saya dapat rasa tau… Cik Nurul.. tolong beritahu saya,
please,” pintaku tegas dalam lembut. Gadis itu masih membelakangiku. Kelihatan
teragak-agak, memendam seribu rasa. Aku beranikan diri mendepaninya.
“ Semua orang kampung
dah tahu la.. awak dan mak awak dah murtad kan? Dan untuk pengetahuan awak,
Rayyan menderita tau. Korang tinggalkan dia macam tu je,” hembur Nurul dalam
sebak.
“ What?!”
“ Kenapa, tak betul ke
apa yang mereka cakap?”
Aku hanya memandang
wajah Nurul. Sampai begitu sekali tuduhan mereka terhadap aku dan mama. Aku
pejamkan mata. Rapat. Maruah dan nama baik mama harus aku bersihkan! Rayyan
menderita.. Bkan saja Rayyan malah aku juga rasa kesakitan tu.
“ Cik Nurul, saya kena
balik ke Kuala Lumpur sekarang. Anyway, thanks sebab keluarga awak banyak
tolong saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..” Aku berlalu setelah
menghadiahkan Nurul seukir senyuman semanis mungkin. Sabar dan memaafkan itu
kunci kemenangan. Kata-kata Kak Farah, seorang pelajar Malaysia di England merangkap
kawan baik Aunty Kyle itu sangat menginspirasikan aku sejak kecil.
Tiga bulan berlalu, tak
pernah sekalipun aku berhenti menjejaki abah dan Rayyan walaupun jadual sangat
padat dengan kuliah, projek akhir dan tesis. Nota pendek dari bangle itu
berulang kali aku baca. Kadang-kadang aku pelik, kenapa begitu susah untuk menjejaki seorang peguam terkenal
seperti abah jika mereka masih di Malaysia. Atau mungkin mereka sudah ke luar negara?
Bermacam-macam persoalan terlintas menyesakkan benakku.
“ Shah, cuba kau tengok
lukisan tu. Macam sayu pulak hati aku tengok,” ujar Hakeem sambil menuding jari
telunjukny ke arah sebuah frame lukisan ketika kunjungan kami ke pameran
lukisan di sebuah galeri seni. Senyumanku mati tatkala mata tertacap pada
lukisan bersaiz A1 itu. Banglow, sawah, layang-layang, dan dua orang budak
lelaki. Ini bukan lagi satu kebetulan! Aku kenal banglow itu. Aku bergegas mencari
Abang Razlan, pelukis yang aku kenal setahun yang lalu. Dia juga yang incharge
pameran lukisan itu.
“ Bang, painting tu
bukan abang yang buat kan?”
“ Owh.. tu? Kawan abang
punya. Pernah orang tawarkan empat ribu ringgit untuk lukisan tu tapi dia tak
nak jual tau. Emm.. tapi macam mana kamu tahu bukan abang yang lukis?” Soalan
Abang Razlan aku biarkan sepi.
“ Boleh saya jumpa
kawan abang tu?” Permintaan yang agak mengejutkan Abang Razlan dan Hakeem. Kedua-dua
mereka saling berpandangan.
**************************************************************
“ Okey, abang rasa
sampai di sini saja kelas kita untuk hari ni. Insyaallah kita jumpa lagi
mingggu depan,” ujar lelaki berkerusi roda itu kepada beberapa orang kanak-kanak di hadapannya. Seorang demi
seorang kanak-kanak tersebut menyalami tangan lelaki itu sebelum beredar.
Gezebo bercirikan tradisional Melayu yang terletak di tengah-tengah taman itu
kelihatan terhias indah dengan lukisan dan ukiran kayu yang sangat mengagumkan.
“ Assalamualaikum,”
“ Waalaikumussalam..
yes, can I help you?” jawab lelaki itu dengan senyuman mesra.
“ Yes of course,
actually I’m looking for the owner of this painting.” Aku mengangat lukisan
yang aku pinjam daripada Abang Razlan itu separas dada. Seperti yang dijangka,
senyuman mesra di bibirnya tiba-tiba mati.
“ Macam mana… who are you?!” Soalnya dalam nada
agak tegang.
“ Rayyan Haikal…”
ucapku sambil mendekatinya. Rayyan hanya memerhati gelagatku. Tiba-tiba dia
memegang kepalanya solah-olah menahan sakit yang amat sangat. Aku panik
seketika.
“ Abang.. What’s wrong?
Abang!!”
Tiba-tiba seorang
wanita dalam lingkungan 70-an keluar
mendapatkannya. Tanpa berlengah, cepat-cepat aku tolong wanita itu memapah
Rayyan dan menghantarnya ke bilik. Selesai membaringkan Rayyan di katil, wanita
tua itu menghampiriku.
“ Kashah..?”
Aku hanya mengangguk.
Tidak mampu mengeluarkan sepatah kata atau
air mataku akan tertumpah. Aku biarkan wanita itu membelek wajahku. Di
matanya jelas kelihatan ada rindu yang menggunung sedang mencair.
“ Tok Ma, abang
kenapa?” soalku sebak.
*****************************************************************
Selesai menghantar
doktor ke pintu keluar, aku kembali semula ke bilik Rayyan. Sebaik saja aku
masuk, dia sudah bersandar di kepala katil.
“ Stage four brain
cancer? Since when?! Abang nak tinggalkan Shah lagi ke?” Aku mula menyoal dan
marah kepada Rayyan yang sebenarnya langsung tak bersalah. Rayyan hanya
tersenyum memandangku.
“ Typical Akashah! Dah
besar adik aku.. hensem! Kau dah besar bro, why don’t you change a bit? Manja
macam dulu jugak..” ujar Rayyan tergelak kecil. Aku terdiam mati akal dengan
sikap tidak serious Rayyan. Tapi inilah dia abangku, Rayyan Haikal. Sembunyikan
kesakitan dan keperitan sendiri demi menenangkan orang lain adalah
kepakarannya.
“ How’s mama Shah? Sorry..
sepatutnya abang yang cari Shah dan mama, bukan Shah yang cari abang,” ujar
Rayyan kembali serius.
“ Tahu takpe..” balasku
sambil memeluk satu-satunya abang kandungku itu.Tapi… mungkinkah aku akan
kehilangannya untuk selamanya suatu hari nanti. Jika itu berlaku, bagaimana
harus aku lalui keadaan itu nanti buat kali yang ke dua. Persoalan demi
persoalan semakin menyesak benakku!
****************************************************************
Aku tolak kerusi roda
Rayyan meninggalkan tanah perkuburan dimana abah disemadikan. Kata Rayyan, abah
merana sepanjang hayatnya kerana dihantui rasa bersalah terhadap aku dan mama. Abah
tak sanggup pulang ke kampung kerana banglow itu penuh dengan kenangan bersama
mama, satu-satunya wanita yang dicintainya. Abah sebenarnya mangsa keadaan
kerana terpaksa memilih antara seorang ibu yang amat dikasihi dan isteri yang
dicintai.
Perkahwinan abah dengan
Sabrina yang dirancang oleh nenek akhirnya terpaksa dibatalkan selepas komplot
antara nenek dan Sabrina menfitnah mama sebelum ini terbongkar dan diketahui
abah. Nenek yang malu dan kecewa dengan kejadian itu akhirnya diserang sakit
jantung dan meninggal selepas dua hari ditahan di wad.
Selepas kematian nenek,
abah mengambil keputusan berhijrah ke
Kuala Lumpur. Dia ingin melupakan semua kenangan pahitnya dan memulakan hidup
baru demi masa depan Rayyan, satu-satunya keluarga yang masih ada bersamanya. Abah
memendam keinginannya untuk mencari mama kerana malu dan rasa bersalahnya. Kerana
risau Rayyan yang dijaganya sejak lahir itu terabai, Tok Ma mengambil keputusan
mengikut mereka ke mana saja mereka pergi. Lagipun Tok Ma memang taka da keluarga
lain selain keluarga Tuan Haikal.
Selepas tamat tingkatan
lima, Rayyan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di
England sekaligus cuba untuk menjejaki aku dan mama. Sayangnya pada mas itu
kami sudah tidak lagi di England. Atas nasihat Kak Farah, Aunty Kyle membawa
mama ke Acheh untuk berubat sebaik sahaja tamat pengajiannya di universiti.
Kami menetap di Indonesia untuk beberapa tahun sehinggalah mama sembuh
sepenuhnya sebelum kembali semula ke England.
“ Shah.. tolong bawak
abang balik Alor Setar.. Abang nak balik rumah kita,” pinta Rayyan lemah.
Dingin bayu malam menerjah ke segenap ruang bakloni. Aku capai sehelai mafla
lalu ku lilitnya di leher Rayyan.
“ Jom masuklah bang..
nanti tak pasal-pasal melarat pulak sakit tu,” ujarku sambil menolak kerusi
rodanya masuk ke bilik. Hatiku resah melihat
wajah Rayyan yang semakin pucat.
“ Shah.. Kalau nanti abang
tak sempat jumpa mama, Shah beritahu mama yang abang sayang mama sangat-sangat.
Abang mintak maaf sebab tak jalankan tanggungjawab abang sebagai anak sulung
macam yang mama suruh… Abang… Abang..”
“ Dah la bang.. Abang
rehat dulu. Tak payah cakap bukan-bukan, ” potogku sambil selimutkan Rayyan.
Cepat-cepat aku keluar dari bilik itu sebelum air mata lelakiku gugur
mencurah-curah seperti kanak-kanak kecil terjatuh aiskrim.
********************************************************************
Selepas seminggu, aku
kembali lagi ke Alor Setar demi memenuhi permintaan yang mungkin terakhir daripada Rayyan. Sesekali aku
melirih Rayyan yang bersandar lemah di tempat duduk sebelah. Jauh di sudut hati,
aku tidak henti-henti berdoa agar keajaiban berlaku.
“ Bang, bangun..kita
dah sampai,” ujarku sebaik menghentikan kereta di hadapan banglo. Pintu depan
banglo kelihatan terbuka luas dan kawasan sekitarnya kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya. Pasti
Pak Mail sedang membersihkan rumah sebab awal-awal lagi aku sudah menelefonnya
memberitahu aku akan membawa Rayyan pulang ke kampung.
Aku menolak krusi roda
Rayyan ke pintu depan Banglow yang sedia terbuka.
“ Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam,” jawab
seseorang dari arah belakang. Aku dan Rayyan serentak menoleh. Rayyan terpaku
seketika. Seorang wanita bertudung labuh dan berjubah cokelat muda sedang
tersenyum ke arah kami.
“ Mama?” Soalnya
menahan sebak. Aku menolak kerusi roda Rayyan
mendekatinya. Bersungguh-sungguh Rayyan cuba gagahkan diri untuk
berdiri. Dalam linangan air mata dia meraba wajah mama yang turut lencun dengan
air mata.
“ Mama...”
“ Ya sayang.. mama..”
Rayyan meraih bahuku
yang berdiri tidak jauh dari mereka. Kami bertiga berpelukan melepaskan rindu
yang sekian lama terbuku. Tiba-tiba aku rasa tubuh Rayyan semakin lemah dan sejuk.
Belum sempat dia jatuh aku pantas menyambutnya.
“ Rayyan.. kenapa ni
sayang?” Soal mama sambil mengelus lembut ubun-ubun Rayyan yang sudah aku
baringkan di sofa. Kulihat wajah Rayyan semakin pucat membiru.
“ Mama.. abang minta
maaf sebab tak mampu jadi anak sulung yang baik untuk mama. Abang gagal,”
rintih Rayyan lemah.
“ Abang.. tolong jangan
cakap macam tu. Mama yang banyak salah dengan abang. Mama tinggalkan abang,
langsung tak pernah ambil tahu pasal abang. Mama abaikan tanggungjawab mama..
Maafkan mama..”
Mama memeluk Rayyan
erat. Aku masih lagi berdiri kaku di sisi mama.. memandang kosong gelagat
kedua-duanya tanpa reaksi.
“ Kashah.. “
Ayat terakhir dari Rayyan sebelum dia menutup mata buat kali
terakhir. Mama menggoncang tubuh Rayyan sambil memanggil namanya
berulang-ulang. Aku yang sedari tadi diam membatu tidak semena-mena rebah ke
lantai. Pandanganku kelam.
**************************************************************
Pulang dari
pengkebumian arwah Rayyan, tiba-tiba terdetik di hatiku untuk menjenguk bilik
tidur yang sekian lama aku tinggalkan. Satu persatu anak tangga aku daki
perlahan. Tombol pintu bilik yang berdekatan tangga ku pulas berhati-hati.
Sebaik menjengah kedalam, seluruh sendi lututku terasa longgar. Mulutku aku
tutup menggunakan tangan agar tangisku tidak terlalu kedengaran.
“ Abang!! Kenapa kau selalu buat aku macam
ni??!!” Jeritku sambil memeuk salah satu layang-layang yang bergantungan di
dinding bilik.
“Abang, adik nak
layang-layang macam Amat tu,”
“ Itu.. senang je,
abang boleh buatkan. Nanti abang buatkan satu untuk adik ya,”
Suara Rayyan masih
segar dan jelas terngiang-ngiang di telingaku.
...TAMAT...
No comments:
Post a Comment