Saturday 16 June 2012


ILAIKA YAA SOHABATI…
Ayuh, Rasakan Kelazatan Persaudaraan 
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang 
paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar 
cintanya kepada saudaranya." 
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim 
 
Sahabat... 
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah 
rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan 
keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan 
menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. 
 
Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari 
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas 
ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat 
ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan 
RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang 
tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran 
setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin 
kalau dicampakkan ke dalam api." 
 
Sahabat... 
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian 
akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari 
rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, 
saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta 
melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara 
mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, 
yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara 
mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam 
perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman. 
 
Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan 
ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan 
yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara 
perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan 
keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, 
manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat 
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini 
terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis. 
 
Sahabat... 
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu 
ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya 
mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha 
indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan 
seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di 
syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". 
 
Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 
'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana 
Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana 
Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya 
kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara 
tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, 
sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. 
Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas 
kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi 
mereka." 
 
Sahabat... 
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang 
mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang 
kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya 
orang-orang mukmin adalah bersaudara." 
Q.S Al-Hujurat : 10 
 
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu 
terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat 
antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." 
HR. Muttafaqun 'Alaih 
 
Sahabat... 
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam 
Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai 
syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian 
terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah 
dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita 
harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya 
tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya 
berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan 
keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya 
pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta 
yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan 
cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam. 
 
Yesterday is history, 
Tommorow's a mystery, 
Today's a gift, 
That's why we call it the Present. 
 
"Each day I wake in gratitude. 
Thanking Allah, 
He let me rise 
And To Him I only 
Seek His assistance."
UKHUWAH FILLAH, ABADAN,ABADAN

Tuesday 12 June 2012

Ermmm... da lame jugak aku x jenguk kat cn... kesian blogaku huhuhu.. nak bt macm mane... sem ne ler aku bru wase penangan jd student. slame ne macm relek jer...x tensyen langsung hahaha( berlagak) :)
So, Alhamdulillah... syukur kpd Allah SWT coz bagi aku peluang bernafas hingga ke hari ne genap usiaku 25 tahun... masih beri aku kesempatan untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi seorang manusia yang lebih baik pada masa akn datang, insyaallah... dan pada ibu yang mengandung dan membesarkan aku, terima kasih... sesungguhnya aku benar-benar menghargainya. Pada ayah, terima kasih atas kasih yang melimpah kau curahkan... Pengorbanan, kasih sayang dan segala-gala yang ayah dan ibu berikan takkan mungkin mampu aku membayarnya walau dengan seluruh isi dunia... Ya Allah, aku bersyukur atas anugerah ibu bapa, keluarga , saudara sahabat ilmu dan segala nikmat yang engkau berikan padaku... aku akan cuba sedaya upayaku untuk  menjadi hamba yang lebih baik... insyaallah...

CUKUPLAH JADI DODOH! Kau ADA BANYAK pilihan Tapi kenapa kau pilih untuk jadi bodoh? Sanggup perbodohkan diri untuk seorang si bodoh San...