Sunday, 2 September 2018

CUKUPLAH JADI DODOH!

Kau ADA BANYAK pilihan
Tapi kenapa kau pilih untuk jadi bodoh?
Sanggup perbodohkan diri untuk seorang si bodoh
Sanggup rendahkan nilai untuk orang yang tak tahu menilai?
Hey!
Kau sangat istimewa untuk diperlakukan seperti  itu
Tinggalkan si bodoh itu
Biarkan dia terus bodoh dengan kebodohannya di situ
Pergilah kau berlari jauh dari situ
Pergi mencari kebahagiaan yang lain
Yang pastinya bukan terus bodoh bersama si bodoh itu
Atau kau akan akan mati mereput dalam berharap
Pada akhirnya hanya derita yang kau dapat
Untuk perjuangan yang sia-sia!
Biarkan si bodoh itu terus bodoh sampai kiamat!
Jangan kau menoleh lagi
Atau sekali lagi kau mungkin bodoh berkali-kali!

Wednesday, 4 March 2015

CERPEN: RAYYAN AKASHAH

Setelah sekian lama, kini aku kembali ke sini. Myvi kuningku meluncur laju menyusuri jalan berbatu yang  kiri kanannya terbentang sawah padi yang mula menguning. Secara fizikalnya memang sudah banyak yang berubah tetapi keadaannya masih sama walau lima belas tahun sudah berlalu. Tenang dan damai, sebati dengan jiwaku yang sememangnya pencinta alam. Sebaris senyum terukir di bibirku tatkala melihat kanak-kanak berkejaran di batas-batas sawah sambil bermain layang-layang .
“Abang, adik nak layang-layang macam Amat tu,” pintaku pada Rayyan  sambil menudingkan jari kearah layang-layang Amat yang sedang menari-nari di udara.
“ Itu.. senang je, abang boleh buatkan. Nanti abang buatkan satu untuk adik ya,” pujuk Rayyan membuat hati aku berbunga riang. Rayyan seorang abang yang baik dan penyayang. Yang paling seronok, dia tak pernah hampakan aku. Tapi yang tak seronoknya, Rayyan selalu dipukul abah disebabkan kesalahan yang aku buat. Abah tak pernah benarkan aku dan abang keluar bercampur dengan budak-budak kampung. Banglow yang tersegam megah di tepi sawah itulah dunia kami. Dunia yang kosong, sempit dan membosankan bagiku. Di dalamnya hanya ada aku, Rayyan, dan Tok Ma, orang gaji yang sudah kami anggap seperti nenek kami sendiri. Setiap petang, aku dan Rayyan akan memanjat pagar banglow dan bertenggek di atasnya untuk melihat Amat dan kawan-kawannya bermain layang-layang di tepi sawah.
Karier mama sebagai seorang pereka fesyen terkenal memerlukannya kerap ke luar negara. Terbang ke Paris, Hong Kong, Tokyo, Jakarta dan lain-lain untuk pertunjukan fesyen merupakan rutin hidup mama.  Abah pula seorang peguam yang tidak kurang sibuknya. Sering kali berminggu-minggu kami tak dapat dengar suara abah, apatah lagi nak bersua muka. Tapi, bila mama dan abah balik lain pula jadinya. Mereka selalu bertegang urat di bilik. Setiap kali berhadapan situasi begitu, Rayyan akan memelukku erat seperti orang dalam ketakutan. Mungkin aku masih terlalu muda  untuk faham apa sebenarnya yang sedang berlaku pada masa itu.
Hubungan mama dan abah yang semakin retak akhirnya hancur berkecai jua walaupun pada dasarnya dibina atas nama cinta. Kata Tok Ma, mama bukan menantu pilihan nenek. Nenek prajudis dengan sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia glamor termasuk  menantunya sendiri. Setelah mama dan abah berpisah, aku terpaksa mengikut mama pulang ke tanah airnya di England dan meninggalkan Rayyan bersama abah di Malaysia. Tuhan saja yang tahu deritanya aku melalui hari-hari yang sunyi tanpa Rayyan di sisi, satu-satunya saudara kandung  yang aku ada.
Mungkin kerana terlalu kecewa dengan penceraiannya, mama menjadi hilang arah. Dia mula kembali ke dunia lamanya, hidup tanpa arah bergelumang alkohol dan sering mengurung diri di dalam bilik. Mama langsung tak pedulikan aku. Dia seolah-olah berputus asa dengan nasib hidupnya. Apalah daya aku seorang kanak-kanak kecil yang baru memcecah usia tujuh tahun... Untuk menguruskan diri sendiri pun aku masih perlukan bantuan seseorang. Nasib aku baik masih ada Aunty Kyle, adik bongsu mama yang baru berusia 19 tahun pada masa tu. Walaupun dia masih muda dan sikapnya sedikit gila-gila, ternyata dia agak matang dalam beberapa hal. Kesibukan urusan di kolej tidak pernah menjadi alasan untuk Aunty kyle mengabaikan aku.
“Assalamualaikum,” tegur satu suara mengejutkan aku yang sedari tadi berdiri di hadapan banglow yang kelihatan agak sepi dan usang.
Aku menoleh tanpa menjawab salam yang diberi. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang berdiri sambil tekun memerhati wajahku. Pelik melihat orang asing barangkali.  Aku mendekatinya dan menghulur tangan untuk bersalam. Tanganku disambut tetapi matanya langsung tak berkalih dari memandang wajahku.
“ Anak ni cari siapa ya?”
“ Saya.. Haikal.. Tuan Haikal masih tinggal di sini?” Soalku sambil terintai-intai ke dalam banglo.
“ Tuan Haikal..? Akashah?” Soalnya sambil mengamati segenap penjuru wajahku.
“ Ya pak cik, saya Akashah, anak bongsu Haikal dan Maryam. Pak cik kenal abah saya?”
“Enam belas tahun jadi tukang kebun dan pemandu di banglow ni, mana mungkin Pak Mail tak kenal Tuan Haikal. Kamu dan abang kamu pun membesar depan mata Pak Mail ni,” ujar Pak Mail sambil menepuk-nepuk bahuku. Ada riak kagum di wajahnya. Barangkali kagum melihat kanak-kanak kecil yang pernah ditimangnya suatu ketika dahulu kini segak berdiri di hadapannya.
“ Kashah datang cari abah.. dan abang. Kashah perlu jumpa mereka Pak Mail,” luahku sebak.
“ Tapi.. Tuan Haikal dan Rayyan dah tak ada kat sini. Mereka dah berhijrah ke Kuala Lumpur kalau tak silap Pak Mail,”
“ Kuala Lumpur?” Soalku hampa.
“ Syukurlah kamu dah balik. Banglow ni dah lama sangat sepi. Dah berbelas-belas tahun Pak Mail simpan kunci banglow ni. Pak Mail dah jaga banglow ni macam rumah Pak Mail sendiri. Sekarang dah sampai masanya Pak Mail serahkan kunci-kunci ni  pada kamu. Ini amanat Tuan Haikal pada Pak Mail,” kata Pak Mail sambil menghulurkan aku segugus kunci. Aku menyambutnya walaupun dalam keadaan agak terpinga-pinga.
Kali pertama menapak masuk ke perkarangan banglow itu setelah lima belas tahun, dadaku mula dihimpit rasa sebak. Buaian kayu di taman mini tempat bermain aku dan Rayyan suatu ketika dahulu sudah usang dimamah usia walaupun taman itu kelihatan rapi dijaga. Rumput dan pohon—pohon hiasannya dipotong kemas. Aku menghampiri sepohon bunga melor yang rendang di tepi pagar. Tanah di bawahnya aku korek dan ternyata balang kaca itu masih di situ. Satu nota bergulung kecil di dalamnya aku keluarkan.
          Rayyan akan satukan keluarga kita..
Tak semena-mena air mataku gugur berderai tersentuh oleh sebaris ayat  yang aku yakin ditulis oleh Rayyan.
“ Rayyan Haikaaal!!” Jeritku dalam tangis yang tertahan serentak lutut rebah mencecah tanah. Cebisan nota di tangan kuramas kejap dan kurapatkan ke dada. Perasaanku, seperti ada satu lubang kosong yang muncul di jantung. Sunyi dan menyakitkan.
    *******************************************************************
Dua hari di Alor Setar, aku di pelawa menginap di rumah Pak Mail. Kalau nak diikutkan, mahu saja aku bermalam di banglo tu walaupun kelihatannya agak menakutkan. Melihatkan Pak Mail dan Mak Som yang beria-ia, tak manis pula rasanya untuk aku menolak. Lagipun, aku tak kenal siapa-siapa di kampung ni selain mereka. Sepanjang tempoh itu juga,  macam-macam cerita aku dengar daripada orang kampung tentang keluargaku. Ada yang kata abah dah berkahwin dengan calon menantu pilihan nenek dan dilangsungkan di sebuah hotel lima bintang di bandar. Ada pula cerita tentang Abang Rayyan yang dah berhijrah ke luar negara. Tidak ketinggalan juga cerita buruk tentang aku dan mama. Tapi aku pasti, tiada siapapun antara mereka yang tahu perkara sebenar. Resam dunia, manusia suka bersangka-sangka dan menyebarkan khabar angina.
 Menurut Pak Mail, selepas berhijrah ke Kuala Lumpur abah dan Rayyan langsung tak pernah kembali ke kampung itu lagi. Pak Mail dan keluarga merupakan pekerja yang paling rapat dengan abah.  Mereka tinggal di rumah pekerja yang di sediakan di belakang banglow. Sebelum pergi, abah amanahkan Pak Mail untuk menjaga banglow itu untuk aku dan mama.  Kata Pak Mail lagi, abah percaya suatu hari aku dan mama pasti akan kembali ke banglow itu.
Ah, apa yang abah tahu tentang aku dan mama? Semua ni terjadi pun sebab abah! Benar aku rindukan abah. Tapi, untuk air mata mama yang tertumpah dan untuk pisahkan aku dengan Rayyan, satu-satunya abang dan kawan yang aku ada, aku belum mampu maafkan abah. Mungkin kami tidak cukup berharga buat abah.
   *******************************************************************
Lama aku berdiri di depan pintu banglow itu. Sampai sekarang masih belum ada kekuatan untuk masuk. Aku hanya mampu memandang dari luar pintu kaca yang masih ditutupi langsir putih kekuningan. Segugus kunci di tangan ku pandang kosong.
“ Awak balik sini awak nak apa sebenarnya? “ Perlahan aku menoleh. Nurul, anak gadis Pak Mail memandangku serius.
“Excuse me??”
“ Best ke tinggal kat London sana tu?” tambahnya dalam nada yang agak sukar untuk aku hadam maksud di sebaliknya.
“ Bolehlah..”
“ Owh, patutlah..” sambutnya ringkas dan sinis, cukup untuk menggugat tenang seorang Akashah.
“ If you don’t mind, boleh saya tahu apa yang awak cuba sanpaika sebenarnya erk?”
Nurul yang baru saja berpusing untuk berlalu terus mematikan langkahnya.
“ Dari semalam saya di sini, cara awak pandang saya, saya dapat rasa tau… Cik Nurul.. tolong beritahu saya, please,” pintaku tegas dalam lembut. Gadis itu masih membelakangiku. Kelihatan teragak-agak, memendam seribu rasa. Aku beranikan diri mendepaninya.
“ Semua orang kampung dah tahu la.. awak dan mak awak dah murtad kan? Dan untuk pengetahuan awak, Rayyan menderita tau. Korang tinggalkan dia macam tu je,” hembur Nurul dalam sebak.
“ What?!”
“ Kenapa, tak betul ke apa yang mereka cakap?”
Aku hanya memandang wajah Nurul. Sampai begitu sekali tuduhan mereka terhadap aku dan mama. Aku pejamkan mata. Rapat. Maruah dan nama baik mama harus aku bersihkan! Rayyan menderita.. Bkan saja Rayyan malah aku juga rasa kesakitan tu.
“ Cik Nurul, saya kena balik ke Kuala Lumpur sekarang. Anyway, thanks sebab keluarga awak banyak tolong saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..” Aku berlalu setelah menghadiahkan Nurul seukir senyuman semanis mungkin. Sabar dan memaafkan itu kunci kemenangan. Kata-kata Kak Farah, seorang pelajar Malaysia di England merangkap kawan baik Aunty Kyle itu sangat menginspirasikan aku sejak kecil.
Tiga bulan berlalu, tak pernah sekalipun aku berhenti menjejaki abah dan Rayyan walaupun jadual sangat padat dengan kuliah, projek akhir dan tesis. Nota pendek dari bangle itu berulang kali aku baca. Kadang-kadang aku pelik, kenapa begitu susah  untuk menjejaki seorang peguam terkenal seperti abah jika mereka masih di Malaysia. Atau mungkin mereka sudah ke luar negara? Bermacam-macam persoalan terlintas menyesakkan benakku.
“ Shah, cuba kau tengok lukisan tu. Macam sayu pulak hati aku tengok,” ujar Hakeem sambil menuding jari telunjukny ke arah sebuah frame lukisan ketika kunjungan kami ke pameran lukisan di sebuah galeri seni. Senyumanku mati tatkala mata tertacap pada lukisan bersaiz A1 itu. Banglow, sawah, layang-layang, dan dua orang budak lelaki. Ini bukan lagi satu kebetulan! Aku kenal banglow itu. Aku bergegas mencari Abang Razlan, pelukis yang aku kenal setahun yang lalu. Dia juga yang incharge pameran lukisan itu.
“ Bang, painting tu bukan abang yang buat kan?”
“ Owh.. tu? Kawan abang punya. Pernah orang tawarkan empat ribu ringgit untuk lukisan tu tapi dia tak nak jual tau. Emm.. tapi macam mana kamu tahu bukan abang yang lukis?” Soalan Abang Razlan aku biarkan sepi.
“ Boleh saya jumpa kawan abang tu?” Permintaan yang agak mengejutkan Abang Razlan dan Hakeem. Kedua-dua mereka saling berpandangan.
  **************************************************************
“ Okey, abang rasa sampai di sini saja kelas kita untuk hari ni. Insyaallah kita jumpa lagi mingggu depan,” ujar lelaki berkerusi roda itu kepada beberapa orang  kanak-kanak di hadapannya. Seorang demi seorang kanak-kanak tersebut menyalami tangan lelaki itu sebelum beredar. Gezebo bercirikan tradisional Melayu yang terletak di tengah-tengah taman itu kelihatan terhias indah dengan lukisan dan ukiran kayu yang sangat mengagumkan.
“ Assalamualaikum,”
“ Waalaikumussalam.. yes, can I help you?” jawab lelaki itu dengan senyuman mesra.
“ Yes of course, actually I’m looking for the owner of this painting.” Aku mengangat lukisan yang aku pinjam daripada Abang Razlan itu separas dada. Seperti yang dijangka, senyuman mesra di bibirnya tiba-tiba mati.
“  Macam mana… who are you?!” Soalnya dalam nada agak tegang.
“ Rayyan Haikal…” ucapku sambil mendekatinya. Rayyan hanya memerhati gelagatku. Tiba-tiba dia memegang kepalanya solah-olah menahan sakit yang amat sangat. Aku panik seketika.
“ Abang.. What’s wrong? Abang!!”
Tiba-tiba seorang wanita dalam lingkungan 70-an  keluar mendapatkannya. Tanpa berlengah, cepat-cepat aku tolong wanita itu memapah Rayyan dan menghantarnya ke bilik. Selesai membaringkan Rayyan di katil, wanita tua itu menghampiriku.
“ Kashah..?”
Aku hanya mengangguk. Tidak mampu mengeluarkan sepatah kata atau  air mataku akan tertumpah. Aku biarkan wanita itu membelek wajahku. Di matanya jelas kelihatan ada rindu yang menggunung sedang mencair.
“ Tok Ma, abang kenapa?” soalku sebak.
  *****************************************************************
Selesai menghantar doktor ke pintu keluar, aku kembali semula ke bilik Rayyan. Sebaik saja aku masuk, dia sudah bersandar di kepala katil.
“ Stage four brain cancer? Since when?! Abang nak tinggalkan Shah lagi ke?” Aku mula menyoal dan marah kepada Rayyan yang sebenarnya langsung tak bersalah. Rayyan hanya tersenyum memandangku.
“ Typical Akashah! Dah besar adik aku.. hensem! Kau dah besar bro, why don’t you change a bit? Manja macam dulu jugak..” ujar Rayyan tergelak kecil. Aku terdiam mati akal dengan sikap tidak serious Rayyan. Tapi inilah dia abangku, Rayyan Haikal. Sembunyikan kesakitan dan keperitan sendiri demi menenangkan orang lain adalah kepakarannya.
“ How’s mama Shah? Sorry.. sepatutnya abang yang cari Shah dan mama, bukan Shah yang cari abang,” ujar Rayyan kembali serius.
“ Tahu takpe..” balasku sambil memeluk satu-satunya abang kandungku itu.Tapi… mungkinkah aku akan kehilangannya  untuk selamanya  suatu hari nanti. Jika itu berlaku, bagaimana harus aku lalui keadaan itu nanti buat kali yang ke dua. Persoalan demi persoalan semakin menyesak benakku!
  ****************************************************************
Aku tolak kerusi roda Rayyan meninggalkan tanah perkuburan dimana abah disemadikan. Kata Rayyan, abah merana sepanjang hayatnya kerana dihantui rasa bersalah terhadap aku dan mama. Abah tak sanggup pulang ke kampung kerana banglow itu penuh dengan kenangan bersama mama, satu-satunya wanita yang dicintainya. Abah sebenarnya mangsa keadaan kerana terpaksa memilih antara seorang ibu yang amat dikasihi dan isteri yang dicintai.
Perkahwinan abah dengan Sabrina yang dirancang oleh nenek akhirnya terpaksa dibatalkan selepas komplot antara nenek dan Sabrina menfitnah mama sebelum ini terbongkar dan diketahui abah. Nenek yang malu dan kecewa dengan kejadian itu akhirnya diserang sakit jantung dan meninggal selepas dua hari ditahan di wad.
Selepas kematian nenek, abah  mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia ingin melupakan semua kenangan pahitnya dan memulakan hidup baru demi masa depan Rayyan, satu-satunya keluarga yang masih ada bersamanya. Abah memendam keinginannya untuk mencari mama kerana malu dan rasa bersalahnya. Kerana risau Rayyan yang dijaganya sejak lahir itu terabai, Tok Ma mengambil keputusan mengikut mereka ke mana saja mereka pergi. Lagipun Tok Ma memang taka da keluarga lain selain keluarga Tuan Haikal.
Selepas tamat tingkatan lima, Rayyan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di England sekaligus cuba untuk menjejaki aku dan mama. Sayangnya pada mas itu kami sudah tidak lagi di England. Atas nasihat Kak Farah, Aunty Kyle membawa mama ke Acheh untuk berubat sebaik sahaja tamat pengajiannya di universiti. Kami menetap di Indonesia untuk beberapa tahun sehinggalah mama sembuh sepenuhnya sebelum kembali semula ke England.
“ Shah.. tolong bawak abang balik Alor Setar.. Abang nak balik rumah kita,” pinta Rayyan lemah. Dingin bayu malam menerjah ke segenap ruang bakloni. Aku capai sehelai mafla lalu ku lilitnya di leher Rayyan.
“ Jom masuklah bang.. nanti tak pasal-pasal melarat pulak sakit tu,” ujarku sambil menolak kerusi rodanya masuk ke bilik. Hatiku resah melihat  wajah Rayyan yang semakin pucat.
“ Shah.. Kalau nanti abang tak sempat jumpa mama, Shah beritahu mama yang abang sayang mama sangat-sangat. Abang mintak maaf sebab tak jalankan tanggungjawab abang sebagai anak sulung macam yang mama suruh… Abang…  Abang..”
“ Dah la bang.. Abang rehat dulu. Tak payah cakap bukan-bukan, ” potogku sambil selimutkan Rayyan. Cepat-cepat aku keluar dari bilik itu sebelum air mata lelakiku gugur mencurah-curah seperti kanak-kanak kecil terjatuh aiskrim.
 ********************************************************************
Selepas seminggu, aku kembali lagi ke Alor Setar demi memenuhi permintaan yang  mungkin terakhir daripada Rayyan. Sesekali aku melirih Rayyan yang bersandar lemah di tempat duduk sebelah. Jauh di sudut hati, aku tidak henti-henti berdoa agar keajaiban berlaku.
“ Bang, bangun..kita dah sampai,” ujarku sebaik menghentikan kereta di hadapan banglo. Pintu depan banglo kelihatan terbuka luas dan kawasan sekitarnya  kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya. Pasti Pak Mail sedang membersihkan rumah sebab awal-awal lagi aku sudah menelefonnya memberitahu aku akan membawa Rayyan pulang ke kampung.
Aku menolak krusi roda Rayyan ke pintu depan Banglow yang sedia terbuka.
“ Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam,” jawab seseorang dari arah belakang. Aku dan Rayyan serentak menoleh. Rayyan terpaku seketika. Seorang wanita bertudung labuh dan berjubah cokelat muda sedang tersenyum ke arah kami.
“ Mama?” Soalnya menahan sebak. Aku menolak kerusi roda Rayyan  mendekatinya. Bersungguh-sungguh Rayyan cuba gagahkan diri untuk berdiri. Dalam linangan air mata dia meraba wajah mama yang turut lencun dengan air mata.
“ Mama...”
“ Ya sayang.. mama..”
Rayyan meraih bahuku yang berdiri tidak jauh dari mereka. Kami bertiga berpelukan melepaskan rindu yang sekian lama terbuku. Tiba-tiba aku rasa tubuh Rayyan semakin lemah dan sejuk. Belum sempat dia jatuh aku pantas menyambutnya.
“ Rayyan.. kenapa ni sayang?” Soal mama sambil mengelus lembut ubun-ubun Rayyan yang sudah aku baringkan di sofa. Kulihat wajah Rayyan semakin pucat membiru.
“ Mama.. abang minta maaf sebab tak mampu jadi anak sulung yang baik untuk mama. Abang gagal,” rintih Rayyan lemah.
“ Abang.. tolong jangan cakap macam tu. Mama yang banyak salah dengan abang. Mama tinggalkan abang, langsung tak pernah ambil tahu pasal abang. Mama abaikan tanggungjawab mama.. Maafkan mama..”
Mama memeluk Rayyan erat. Aku masih lagi berdiri kaku di sisi mama.. memandang kosong gelagat kedua-duanya tanpa reaksi.
“ Kashah.. “
Ayat terakhir dari  Rayyan sebelum dia menutup mata buat kali terakhir. Mama menggoncang tubuh Rayyan sambil memanggil namanya berulang-ulang. Aku yang sedari tadi diam membatu tidak semena-mena rebah ke lantai. Pandanganku kelam.
  **************************************************************
Pulang dari pengkebumian arwah Rayyan, tiba-tiba terdetik di hatiku untuk menjenguk bilik tidur yang sekian lama aku tinggalkan. Satu persatu anak tangga aku daki perlahan. Tombol pintu bilik yang berdekatan tangga ku pulas berhati-hati. Sebaik menjengah kedalam, seluruh sendi lututku terasa longgar. Mulutku aku tutup menggunakan tangan agar tangisku tidak terlalu kedengaran.
 “ Abang!! Kenapa kau selalu buat aku macam ni??!!” Jeritku sambil memeuk salah satu layang-layang yang bergantungan di dinding bilik.
“Abang, adik nak layang-layang macam Amat tu,”
“ Itu.. senang je, abang boleh buatkan. Nanti abang buatkan satu untuk adik ya,”

Suara Rayyan masih segar dan jelas terngiang-ngiang di telingaku.

...TAMAT...

Wednesday, 11 February 2015

My Memory..

BFF
SMKNS 2006 in memory..





HARUMAN MEMORI 

September datang lagi..
Bererti sembilan tahun sudah berlalu
waktu itu juga sama seperti hari ini
Rintik-rintik gerimis berderai jatuh bersama angin
dari tingkap kaca dorm yang menghadap lorong menghala ke sekolah
jelas kelihatan bunga-bunga tembesu berguguran munutup hijau rumput
seringkali.. kita membayangkan itu salji lalu  berlari- lari keluar kemudian baring di bawahnya..
Tanpa menyedari terponteng waktu prep..
Kita leka bercerita perihal masa depan..
Ada yang ingin menjelajah dunia bersama pasangan yang kacak
Ada yang berangan ingin berkahwin dengan pelakon korea..
dan aku.. aku hanya harap kita akan terus kekal bersama
tentu kalian masih ingat bukan?
kata-kataku yang mematikan tawa kita buat seketika
kemudian mencetuskan suasana sentimental..
Aku memang maksudkannya!
Aku harap kita akan terus hidup dalam memori ini
Aku masih ingat jelas saat itu..
Gilanya kita hingga lupa sakit dan malu dirotan dihadapan seisi penghuni asrama lelaki dan perempuan..
Hidup kita seolah-olah di alam fantasi barangkali..
Semuanya indah-indah belaka..
Sehinggalah suatu saat kita harus akur
Harus melepaskan tangan masing-masing untuk memilih jalan sendiri
Itulah pengakhiran alam fantasi yang kita cipta..
Kembali ke dunia nyata tanpa rela!
Cuma aku ingin kalian tahu
Selagi gerimis hadir ke bumi
Selagi angin berbisik.. S
Selagi debunga tembesu itu menyerakkan harumnya..
Andai kalian masih mencari..
Bahagia yang dulu masih di situ..
Masih seharum dulu…

Achikz 2015

Don't walk behind me, I may not lead.
Don't walk in front of me, I may not ffollow. Just walk beside me and be my friend.
... Albert Camus...

Wednesday, 8 January 2014

My convocation day

Masih aku ingat 1st day aku menjejakkan kaki di bumi UMS.. Terkial-kial tak tau apa-apa. Nasib aku baik aku tak keseorangan, ada seorang teman seperjuangan menemani. Hari pertama, kami terpaksa ponteng kuliah Dr. Andy coz segan nak masuk.. maklumlah, 2nd intake.. segan lah..
Sepanjang sem 1 aku duk menyemak kat bilik kawan aku merangkap senior. Dan bermula dari situlah pelbagai onak dan duri aku lalui di bumi asing itu. Tanpa disedari tutttt.. tiga tahun dah pun berlalu. Tanggal 23 nov 2013 aku menerima ijazah pertamaku ditemani kakak  dan adik aku..  Alhamdulillah.. mudah-mudahan perjalanan hidup kita dipermudahkan selepas ini.. di dunia dan akhirat.. amin..

Tuesday, 22 October 2013

Me and photography

Dengarkan gemersik syahdu suara alam
Memuji keagunganNya...
Cinta mereka tiada berpenghujung...
Tiada bersyarat..

Monday, 14 January 2013

Hari-Hari Terakhir di Bawah Bayu..Sweet Memory

Sayonara  Kinabalu :(
I'll miss you guys..

Walau sejauh mana kaki melangkah.. tidak akan kau temui kisah yang sama
Hargailah masa sekarang kerana ia akan menajadi masa lamapau bila-bila masa.
Hargai masa lampau krn ia yang mendewasakan kita semua.
Hargai masa depan krn ia penuh dengan harapan dan impian.
Create ur life wif bwutful colours...Achikzz

Sunday, 2 December 2012



"Ya ALLah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMU cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah! Jadikan aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam segala usahaku.

Ya Allah! Setiap apa yang aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.

Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. 
Amiin.".


KAU TEMAN TERBAIKKU...

Begitu indah saat itu
Kau dan aku teman setia
Umpama rama-rama terbang riang
Dunia ini seolah kita takluki

Kau teman terbaikku
Ibarat pelangi  di langit sepi
Mengukir warna-warna indah di langit kaku
Mengilhamkan melodi alam

Lenyap dirimu  dari  hamparan langit
Meninggalkan aku bersama awan hitam
Walau jasadmu tidak lagi kelihatan
Aku yakin wujudmu di balik cahaya dan hujan.

Teman terbaikku...
Rela aku mejadi titis hujan
Agar warnamu terbias kembali
Menjadi perhatian di hamparan langit...
                                                          Achikz..

Tuesday, 13 November 2012

Inilah Kehidupan...



Hari ini.. aku mula sedar tentang satu perkara...


Kadang-kadang, bila kita sayangkan seseorang, kita akan cuba sedaya upaya untuk melindunginya...


Tetapi, tanpa kita sedari... perhatian kita kadang-kadang membuat orang yang kita sayang RIMAS!!


Walaupun kita tak bermaksud...Memang... Memang kita kena terima hakikat...


Siapa pun dia dan kita.. Dia tetap berhak keatas kehidupannya sendiri... Mencorak hidupnya sendiri dengan kreativitinya sendiri... Sebagaimana kita tentukan corak hidup kita..


So, sometimes...


memilih untuk melepaskan orang yang kita sayang kadang2 lebih baik...


Biar dia terbang bebas... mencari identitinya sendiri...


Menjejaki destinasi yang diimpikan... biar dia rasai sendiri..lihat sendiri.. bukan dari kaca mata kita...


Jika ikhlas cinta dan kasihmu... sampai waktu dia pasti kembali...

Thursday, 4 October 2012



Air Mata Rasulullah.
 
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah kisah 
tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui 
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, 
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan 
suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam 
kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
 
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al 
Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku 
dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang 
dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan 
kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
 
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala 
itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap 
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat 
itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan 
detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih 
tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya 
yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
 
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan 
menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
 
"Siapakah itu wahai anakku?"
 
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur 
Fatimah lembut.
 
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. 
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
 
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
 
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, 
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. 
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit 
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
 
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
 
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua 
syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
 
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
 
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
 
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman 
kepadaku:'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di 
dalamnya," kata Jibril.
 
Detik-detik semakin  dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, 
urat-urat lehernya menegang.
 
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah
terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
 
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat  pengantar wahyu itu.
 
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
 
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
 
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulaikebiruan.
 
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Wednesday, 3 October 2012



Assalamualaikum sahabatku...
ketahuilah, kita sebenarnya telah diberi peringatan oleh bumi ketika mendiami tubuhnya ini. Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1. Hai anak Adam!Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan masuk ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.Wallahu'alam. 



Tuesday, 2 October 2012



4 Renungan

Wasiat dari baginda tercinta Rasulullah SAW:
" Wanita itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Kata Hukama' pula:


"Wanita itu tiang negara. Baik mereka baiklah negara, binasa mereka binasalah negara"
Itulah sedikit ungkapan hikmat buat pedoman yg membuktikan kita muslimah bukan sembarangan tetapi muslimah yg penuh dgn peranan agar Islam terus berkembang..di sini disajikan sedikit kudapan buat jiwa "muslimah harapan" utk terus membentuk akhlak muslimah idaman Islam...

KEBAIKAN ITU TERHIMPUN DALAM 4 PERKARA IAITU:

1. PERCAKAPAN
2. DIAM
3. PANDANGAN
4.GERAK GERI

TIAP-TIAP PERCAKAPAN YANG TIDAK DISERTAI DGN MENGINGATI ALLAH ADALAH SIA-SIA

TIAP-TIAP DIAM YANG TIDAK DISERTAI DGN MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH LEKA

TIAP-TIAP PANDANGAN YG TIDAK DISERTAI DGN MENGAMBIL IKTIBAR ADALAH LALAI

TIAP-TIAP GERAK GERI YG TIDAK DISERTAI DGN PERHAMBAAN KPD ALLAH ADALAH TIDAK BERERTI DAN SIA-SIA



DAERAH USANGKU…
Lama aku pergi…
Meninggalkan daerah using ini
Tiba-tiba hati digamit rindu yang menyengat
Dulu ia berwarna-warni
Tidak pernah lekang  dari suara tangis tawa
 anak-anak kecil yang berkejaran kesana ke mari
Tidak pernah sunyi dari kepoh wanita-wanita
bercerita perihal kejiranan dikala membeli ikan dari Pak Wan.
Tidak pernah terbenam matahari dikala suami-suami
Sibuk membuat percaturan di papan dam…
Surau itu…
Ada sesuatu telah hilang drinya?
Ya…
Kemana perginya garau suara Ustaz Hakim…
Yang dulunya menjadi igauan anak-anak kampung..
Mengajar anak-anak kampung mengaji  Al-Quran
Rotan yang haus ditangannya menjadi perhatian…
Aku tersenyum sendiri….
Lorong-lorong yang kini sepi aku lalui
Di kiri kanannya masih terpalit sisa-sisa kenangan
Masih terhidu bau kedamaian…

CUKUPLAH JADI DODOH! Kau ADA BANYAK pilihan Tapi kenapa kau pilih untuk jadi bodoh? Sanggup perbodohkan diri untuk seorang si bodoh San...